e-Risalah USIM - Edisi 34
16 RISALAH USIM EDISI 36, 2021 USIM Mencipta Mutu Nilai-Nilai al-Qawiyy Teras USIM Dalam usaha USIM untuk menerajui dan mempelopori integrasi Ilmu Naqli dan Aqli di rantau ini, adalah satu keperluan bagi USIM untuk berusaha ke arah mendapat pensijilan MS ISO1900:2014, iaitu Sistem Pengurusan Kualiti berteraskan Syariah. Di antara keperluan pensijilan tersebut adalah penetapan Nilai-nilai Teras yang perlu dijadikan pedoman dan rujukan bagi seluruh warga USIM. Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) Bil. 31/2016 bertarikh 4 November 2016 telah bersetuju konsep Al- Qawiyy Al-Amin dijadikan sebagai Nilai Teras USIM berasaskan surah al-Qasas, ayat 26 yang bermaksud: Sesungguhnya orang yang paling baik untuk engkau berikan kerja ialah orang yang kuat (Al-Qawiyy) lagi amanah (Al-Amin) PROFESIONAL Profesional walaupun mempunyai pelbagai takrifan, namum dalam Islam adalah lebih berkaitan dengan soal moral dan budaya. Nilai- nilai yang menggambarkan profesionalisme dalam konteks USIM mencakupi nilai-nilai disiplin, hormat-menghormati, berdisiplin dan berilmu. EFISYEN Nilai Efisyen dalam kerja pula amat penting dalam memacu kualiti USIM ke tahap yang lebih tinggi. Ia juga berkaitan dengan usaha untuk meminimakan penggunaan sumber dalam menghasilkan sesuatu yang bermutu melalui kualiti kerja yang cemerlang serta proses membuat keputusan dengan pantas atau bertindak segera. Efisyen juga perlu menyerlahkan hasil kerja inovatif dan kreatif serta menghasilkan keputusan yang tepat dan menepati masa yang ditetapkan. Nilai-nilaiTerasUSIMinidisasarkan menjadi budaya semua warga kampus USIM yang merangkumi pelajar, staf sokongan, staf akademik, staf pentadbiran dan pihak pengurusan tertinggi untuk memperkasakan ‘kualiti’ di USIM bermula dari pembentukan sikap melalui penerapan nilai-nilai murni, beretika dan profesional. Terdapat lima elemen penting dalam Nilai Teras USIM iaitu Profesional, Efisyen, Alamiyyah (Global), Amanah dan Muafakat.
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=