e-Risalah USIM - Edisi 34
11 T erima kasih kepada pensyarah dan para asatizah, Terima kasih kepada mama & baba yg banyak memberi semangat, berkat doa mama baba sehingga berjaya menamatkan pembelajaran peringkat ijazah sarjana muda dan tidak lupa juga kepada rakan- rakan seperjuangan semua, susah senang sama-sama hadapi dulu serta semua yang dikenali sepanjang menuntut ilmu di USIM, terima kasih kerana hadir dalam diri ini sepanjang di USIM. Universiti adalah gedung ilmu yang menjadi tempat nawaitu utama saya ketika pada hari pertama melangkah kaki kesini. Banyak ilmu baru yang saya belajar USIM dengan adanya program- program yang dianjurkan oleh pihak Universiti mahupun pelajar. Pengalaman yang paling tidak dapat saya lupakan apabila dapat menjejakkan kaki ke negara Jepun pada tahun 2019 melalui program Global Islamic Student Outreach (GISO). Ketika itu, banyak perkara yang saya belajar melalui pertukaran budaya antara Malaysia-Jepun melalui program homestay bersama keluarga angkat di Jepun. Apa yang menarik, sebagai pelajar FPBU, kami ditawarkan untuk mengambil subjek bahasa antaranya Bahasa Jepun atau Mandarin sebagai subjek elektif. Dari situlah saya belajar bahasa Jepun sampai berbelit lidah menyebut perkataan dan sebutan yang baru dan seterusnya kami memilih negara Jepun untuk melakukan aktiviti GISO selain mendapatkan manfaat apa yang telah kami pelajari. Sungguh, lebih banyak yang saya belajar, semakin terasa banyak perkara yang saya tidak ketahui. NURUL HUDA BINTI NAWI Bahasa Arab dan Komunikasi, Fakulti Pengajian Bahasa Utama. C abaran semasa pengajian adalah terpaksa ubah tajuk projek akhir disebabkan tidak dapat masuk makmal. Alhamdulillah saya berjaya hadapinya dan mendapat keputusan yang cemerlang. Ribuan terima kasih diucapkan kepada para pensyarah yang banyak membimbing saya sepanjang pengajian. Tidak dilupakan kepada Mak Ayah yang memberi sokongan dan semangat sehingga saya berjaya tamatkan pengajian di sini. Tidak lupa ucapan terima kasih ditujukan kepada teman serumah yang banyak bersama di kala susah dan senang. NUR SYAFIRAH MAZLAN Sains Fizik Gunaan RISALAH USIM EDISI 36, 2021 S ekapur sireh seulas pinang Seikhlas budi sekalung penghargaan Buat semua murabbi pendidikku tersayang Curahan ilmumu tiada tandingan Sepanjang hayat jasa dan budimu sentiasa kukenang Doaku sentiasa mengiringi Jazakumullahhu kheir murabbi² ku.. Buat ibu insan teristimewa Tiada kata-kata seindah bicara Kasih sayangmu ke hujung nyawa Melahir, mendidikku sehingga dewasa Sentiasa bersemadi selama-lamanya Pemberi semangat, dorongan tanpa mengira masa Terima kasih mama insan paling ku cinta. Buat Abang Syafiq, Kakak Syuhada dan Abang Syamir Insan yang sentiasa bersama Dalam duka dan air mata Dalam tawa dan riang ria Dalam senyum dan bahagia Semangat dan idolaku bawa kemana- mana... Terima kasih kekanda²ku... Buat sahabat setia teman seperjuanganku Dirimu umpama bintang yang menyinari duniaku Sentiasa menerangi dan menyuluh tika diri ini dihimpit kegelapan Budimu terpahat kukuh di sanubariku Perkongsian ilmu sentiasa ku kenangi Dalam sunyi dalam sepi kau sentiasa disisi Akanku simpan kukuh jauh di sudut hati Akanku peluk erat di dalam hati Semoga dirimu sahabat² sentiasa dalam redha Ilahi... SIMA SORFINA BINTI SOBRI Pengajian Quran Dengan Multimedia/ Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=