e-Risalah USIM - Edisi 34
10 USIM Berjanji Pada Ibunda K ehidupan di kolej adalah pengalaman manis yang saya tak akan lupakan. Walaupun dalam bilik yang sempit, berkumpul beramai-ramai itu antara kenangan yang paling tidak dilupakan. Tidak kira untuk makan, menonton filem, mengulang kaji pelajaran ataupun bergosip, sekiranya ia dilakukan dalam keadaan beramai- ramai pastinya ia lebih meriah. Saya dedikasikan ucapan terima kasih ini kepada pertama sekali mak ayah saya, adik-beradik, pensyarah, kawan-kawan dan mereka yang mendoakan saya. Yang terakhir, kepada diri sendiri yang kuat menempuh empat tahun ini. AINUL HAZIQ BIN ABD GHANI Sunnah Pengurusan Maklumat,FPQS C abaran menjalani proses pembelajaran ketika pandemik ini adalah untuk mencipta suasana pembelajaran di rumah. Kenangan manis saya sebelum pandemik, dapat pergi family day bersama kawan-kawan satu kos pengajian di Eco Resort di Bangi. Terima kasih sahabat atas kenangan dan persahabatan terindah ini. NURUL QISTINA ISMAIL SM Tekonologi Kimia Industri S aya bukanlah dari keluarga yang senang, saya kena struggle dari segi kewangan untuk menampung perbelanjaan di USIM. Kenangan manis di USIM yang tidak dapat dilupakan adalah sertai teater di Pusat Kebudayaan. Dengan menyibukkan diri dengan aktiviti teater dapat melupakan segala masalah. Terima kasih kepada pensyarah dan kawan-kawan yang banyak membantu saya selama ini! NURUL FARAHIDAYU AZHARI SM Fiqh dan Fatwa Sambungan dari muka 6 RISALAH USIM EDISI 36, 2021 K enangan manis ketika belajar di USIM adalah kenangan-kenangan bersama teman serumah. Apa sahaja kami lakukan bersama. Saya nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tenaga pengajar yang tabah dan gigih untuk mengajar kami semua. Tidak lupa kepada Ibu dan Ayah yang banyak sokong saya selama ini. NURUL AMIRAH AQILAH KHAIRUDDIN SM Fiqh dan Fatwa
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=